Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012


khlas dari kami,
Bumi Emas Aquaculture Team
Nadeen
Sue
Afiz
Gee Cutler
L

Thursday, December 29, 2011

Jeng Jeng Jeng ~ BEA : The Quest has just begun !

Setapak demi Setapak 
Kami Mengorak Langkah
Pengembaraan kami sudah pun bermula
Misi nan SATU...
Satu Tekad
Satu Semangat
Satu Perjuangan !!!

Wednesday, December 28, 2011

Jeng Jeng Jeng... Stay Tune with BEA... Sedikit TEASER utk peminat BEA !

Time is ticking... New Year of Dragon is coming
Nantikan kejutan demi kejutan
Hanya di BumiEmasAquaculture

Sunday, December 25, 2011

Selamat Hari Kawan kepada Semua

Ok kawan kawan...Out of hobby sat...Izinkan saya merakam sekelumit citra dan puisi utk insan insan bergelar kawan kawan ! Kerana korang kawan aku laa aku sangat menghargai erti persahabatan... hayati bait bait ini agar kita sama sama menuju puncak persahabatan !

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.


Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.


Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,

kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.


Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.


Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Izinkan ku petik kata kata hikmah Saidina Ali Abi Thalib


Ikhlas dari saya,








Tuesday, December 20, 2011

Mudahkan membela Arowana nih ?

Assalamualaikum....Salam 1Arowana !!! Hai everibadi... lama aku tak post rasa rindu lak kat hangpa semua... Oleh kerana aku sibuk dengan hal hal duniawi... terdetik utk aku berkongsi apa yang bermain di kapla hotakku nih... agak agak mudah ke tidak nak jaga Arowana nih... hahaha... dah bersedia untuk buka minda hangpa ? jom kita kupas...

Ramai yang menyangka sukar untuk menjaga ikan hiasan termahal nih padahal mengikut kajian... ikan Arowana ni tergolong dalam kumpulan ikan yang tahan lasak di dunia tropika. Jgn korang terperanjat lak... ada ikan arowana usia dia lebih tua dari hangpa.... rata rata nya dlm 20 tahun laa depa leh hidup secara liar dan normal...namun tarak hal laa kalau jika dipelihara pun, usia mereka panjang jugak kerana Arowana ni juga cekap mengadaptasi dengan perubahan persekitaran.

Namun perubahan persekitaran yang drastik, jangan katakan Arowana...dinasour pun pupus bai... hahaha Arowana sangat bencikan perubahan drastik... contohnya perubahan suhu air secara mendadak, atau pun contoh senang laa masa nak lepaskan Arowanan hangpa ke dalam akuarium yang baru... awas anda perlu berhati hati... jgn main lepas ajer... kasik laa dia bertenang masukkan ngan plastik2 dulu...kasi dia steady... baru lepaskan...Kadang kadang sistem penapisan kita gagal berfungsi dengan baik menyebabkan perubahan pH ayaq ataupun pembentukan nitrat dalam akuarium berpotensi mengundang padah.maksud aku arowananleh mati laa... satu tragedi yang aku rasa seminggu hangpa akan mandom mengenang nasib... hahahaa... Satu lagi awas semasa hangpa nak salin/tukaq ayaq akuarium... kene steady dan bertenang... jgn main sauk dan lepas ajer walaupun ayaq baru tu hangpa rasa bersih... namun perubahan itu sebenarnya mampu membunuh Arowana hangpa... ingat yer...boleh pm aku kalau nak tips tips berguna semasa nak menukar ayaq akuarium... bukan main sesah ajer... ada step dia...mudah jer jangan risau laaa...Yang penting ilmu, mentor dan sistem mesti ada... baru laa selamat dunia akhirat....ok abg blah dulu naaa.... Assalamualaikum....

Wednesday, December 14, 2011

Kisah Mutakhir Industri Arowana di Malaysia

Hello eberibadi…

Menantikan entry terbaru dari BEA??fuhhh kesetiaan korang adalah kebanggan kami..Ermmm…kali ni aku akan bawakan secebis kisah berkenaan kekalutan yang melanda industri arowana sejak lately nih…(ayat aku kali ni akan di selang selikan dengan bahasa pasar..cewahh konon2 mcm bagus arr..hahah..korg pahal..gelak2 lak…ade aku kesah??puihhhhh)..okeh abeh bab begurau..pas ni last k..xde gurau2 dah…last..


Sebelum baca kisah yg akan aku paparkan kali ni..hope korang dapat menyediakan tisu n beberapa helai kain
good moning tu..kerana kisah kali ni amatlah menyayat hati. Laaa korang x caya..it’s ok, korang akan tau dipertengahan kisah ini nanti. See pertengahan pun korang dah bleh meraung dah. Blom sampai ujung citer lagi. So, terpulang lah. Aku dah ingatkan. Antara aku n korang, settle. Lain2 pandai2 la korang settle hal korang tu.Tanpa mengira ape pun masalah korang, aku dengan selamber bercerita. Sambil meneguk air liur, tangan aku terus menaip.


Berbekalkan daya pemikiran kontang yang amat waras di zaman millennium nih, aku meneruskan taipan aku demi mencetuskan sebuah kisah berkenaan keterumbangambingan industri arowana. Perghhhhhhhhh dengar tajuk je dah bleh wat korang menitiskan air mata. Klu citer ni aku wat filem. Mau kalah movie ombak rindu. Hahh tajuk aku tapau, tsunami arowana. Omakk aiiii brilliant tul…hahaha..ehh ehh dalam sedar x sedar, sebenar nye aku x citer ape2 pun lagi…hahahahaa..sori geng, aku gurau k..last2..Kali ni betul last aku begurau..pas ni sori…aku mmg sorg yang amat siyes…mgkn pada korang sesuka hati buat anggapan korang terhadap aku yang menyatakan aku ni kelakar.

Aku meneruskan cerita berkenaan INDUSTRI AROWANA

Korang nk tau??sebenarnye industri arowana dalam Malaysia ni dh berada pada tahap yang menyayat hati??hahh tekejut korang??suspen x??maunye x saspen. Aku ni dasat tau kalau bercerita. Takat nak wat orang nangis, mmg selamber la..hehh, ok2..teruskan penceritaan..lupe lak..kat mne kita tadi??hahh, aku igt, kat kisah menyayat hati.

Sebenar nye, industri arowana ni mmg x seperti yang korang fikirkan. Ini kerana bermacam2 jenis masalah dah berlaku. Antaranya masalah quality, penipuan, hasat dengki, tikam menikam dan bermacam2 lagi. Nk rungkai satu per satu mau bengkak mata korang membaca kang. So, ape yang aku nk terap kan kat sini adalah budaya masyarakat di Malaysia. Pantang tengok orang senang, adeeeeeeeeeeee je yang x kene. Tah pahal tah, ihhh nyirap je aku. Seb baik aku ni lahir sebagai pemimpin berciri2 Islam. Kalau x, mmg abeh dah aku keje kan sape yang pye hal tu.(dengan selamber aku terus borak macam aku la paling dasat dalam dunia ni..padahal??ermm)

Orait geng, sebenar nye aku terpanggil utk mencoret kan cerita ni pasal aku nak kita sama2 berfikiran positif
demi memajukan kembali industry arowana ni. Bukan pasal ape, ni pasal kita sama2 sayang kan industri ni. Aku suka arowana woiii..suka sangat, so, apa yang kita ada ni x de kat negara lain. Malu woi kalau Allah bagi keindahan ni pada kita tp kita x pandai jaga… Ahhhh, tertekan aku aihhh…orait ni aku sebagai manusia yang menyayangi spesis terulung ni nk korang sume tahu.

Sebenar nya apa yang kita ada ni adalah sesuatu yang amatlah bernilai. So, mari lah sama2 kita jaga agar tidak berlaku kepupusan terhadap ikan arowana dari Malaysia. Plz geng!!! semua tahu, ikan arowana yang amat2 bernilai adalah dari spesis yang terdapat di Malaysia (bukit merah) tetapi adakah hal itu sejajar dengan survey yang telah di jalankan? Puihhhhhhh xde langsung. Factor ketamakhalobaan manusia telah meragut keindahan hidupan nih. Korang tau, nama arowana yang terulung iaitu Malaysian Golden telah menjadi buruk sama skali di kalangan penghobi dan peminat. Bukan kerana ianya lahir dalam keadaan x bagus. Ini kerana pihak2 tak berwajib telah melakukan macam2 cara untuk mengaut keuntungan poket sendiri. Buat system pawah sane sini. Sistem pawah ni sebenarnya bukan tak bagus akan tetapi ianya akan merosakkan industri arowana kerana faktor2 tertentu. Antara penyebab nya ialah, tidak semua yang menyertai system pawah ni adalah pencinta arowana. Tau nk dapat duit je. X faham ape itu system pawah. Pas tu plak tokey2 farm yang nk cepat kaya. X kira la sape pun (sori geng, kali ni aku jujur..sume tapau, ngan aku2 skali pun same..hahaha) sume nye same je. Pakat dok cari investor utk cepat naik n kaya.

Apa kelainan yang bumi emas aquaculture cuba terap kan???

Okeh, tu kt ats tadi tu adalah permasalahan yang ada dalam industri arowana. Sekarang aku nk cerita bab2 yang syarikat aku dh buat. Orait aku bg korang 2 menet untuk lap air mata, basuh muka n bagi segar balik fikiran korang tu. Cukup2 la menangis tu. Kamon geng, kita harus maju kehadapan. Jangan toleh belakang dh..hahaha ni kelakar kan..x toleh, bukan orang la nama nya. Hahahaa kelakar x?? Ehhh ape ni, ade yang sedih lagi tu??sudah2 la…orait, aku teruskan erk!Aku berusaha keras untuk kembali menaikkan industri arowana nih. Mcm2 hal aku buat (sembang poyo sket) antaranya ialah aku kembali mencari induk2 yang betul2 berkualiti. Induk2 berkualiti mane nk dapat??igt senang ke?hahh, nak x nak, kne la cari balik otai2 yang ade induk2 superb. Ps tu beli anak ikan tu then bela bagi besar. Pastu baru la breed kan balik…susah kan?sedehhh tul..tp xpe, aku usaha pun x mintak duit korang. Aku usaha sendiri.

Kat sini aku nk terangkan lagi. Andai kata korang terbuka hati nak buat macam aku buat. Korang boleh buat macam ape yang aku sarankan dulu tu..alaaa ade entry aku yg lepas tu. Kang lepas ni korang refer entry tu balik. Kadang2 manusia ni ade jeeeeee komplen dorg tu. Aku tabah, aku redha, aku pasrah. Owhhhh duniaaaa.

Ni apa yang aku usahakan.Segala apa induk Malaysian gold yang tah dari mana, ape jenis & tah hape keturunan, aku akan down gredkan. Ni utk aku je ok. Yang tokey2 farm lain tu terpulang. Aku x paksa. Tp andai kalian dapat wat macam aku saran kan ni. Kalian aku doakan Berjaya dunia akhirat. Haaaaaa utk beberapa keadaan di masa kehadapan ni.

Kepada penghobi2 tegar @ pun yang masih mentah. Kalian aku saran kan supaya tidak lagi akan membazir duit korang macam tu je. Hobi kalian tu aku sarankan bela la spesis arowana yang bagus2. x kisah la beli dari sape pun (pastikan sahih dan betul2 berquality serta terjamin keturunan nya). Tapi harap2 kalian jujur dalam

menjalankan kewajipan demi menjaga habitat hidupan terulung ni dari pupus. Igt, apa yang kita buat ni mgkn
bukan utk kita, mgkn utk ganerasi akan datang. Tp berbangga la kalian sekiranya ada usaha yang kalian buat demi masa depan anak2 kita nanti.

Formula matematik kuno dari kami di bumi emas aquaculture

-    Induk Malaysian gold = F0, F1, F2 & F3
-    Induk super highback = F4 dan keats

So, dari F0,F1,F2 & F3 aku akan claim sebagai Malaysian Golden. Selebih nya akan jadi F4 dan ke atas, pada apa yang aku usahakan. F4 ni aku akan claim super highback. X kira la cantik mana lawa mana chu full
spec ke kaler biru seluar dalam ke. Aku tetap akan claim itu sebagai super highback. Itu apa yang aku akan lakukan.Nak kata aku ada induk F0 tu mmg tipu la. Aku just mengumpul anak2 F1 yang sahih dan sah dari kolam MAIL DO dan PAK NDAK TALIB sahaja. Bayangkan nk kumpul sekolam pun payah, tetapi usaha yang payah tu la insyaallah akan menjadikan industri arowana ni satu hari nanti berjaya. Korang nk sokong boleh sokong, yang nk hentam boleh hentam.

Aku tetap dengan pendirian aku. So, utk grade bawahan selain yang aku sebut tadi. Aku akan terus claim sebagai HB. Bermakna anak2 super highback sekarang aku collect n jadikan induk untuk Highback. Setakat ni, usaha aku adalah memantapkan industri arowana utk jenis Malaysian golden.

Ini kerana utk Highback  mmg x susah langsung. Sekarang pun induk2 malaysian gold aku, anak2 nye aku jual sebagai super highback ajer. Tak caya, g la mane2 farm korg tgk la harga MG ape. Puihhh!!! tu sbnr nye tahap2 super highback aje.

So, dapat la buat peminat2 dan penghobi senyum kambing dapat harga2 murah.Hahh ade yang nk marah??igt aku bengap. Hehh, aku jual dengan harga murah psl quality nye yg x terjamin. So, down gredkan je la..apedehal, aku bukan kene bayar investor pun. Sume ikan aku…AAK (ade aku kesah??hahah). Tapi itu hanya sekadar hobi semata. Klu utk pendapatan, sori sekali. Mmg x dapat la utk jenis tu.So, ni future plan aku..aku harap akan dapat sokongan dari rakan2 dan juga taulan. Mudah2an dengan usaha yang x seberapa ini akan mampu menaikkan kembali industri arowana ni. Percayalah dari hobi akan mampu menjana pendapatan.

Dari pendapatan kita akan mampu menjaga habitat terulung ini dari pada terus pupus di mamah peredaran masa dan factor alam sekitar.Kepada semua yang merasakan entry aku kali ni adalah terbaik @ pun x, aku mintak maaf. Aku hanya menyuarakan pendapat aku saja. Andai ada yang terasa @ ape ke, bleh la info pada aku. Xde hal, aku terima segala komen2 kalian. Aku sebenar nya perlukan bantuan korang. Kalian boleh lah sumbangkan idea @ apa saja komen2 membina, menghentam, mengutuk..alaaaa apeje la. Korang emel kan pada anak_emastrader@yahoo.com. Insyaallah, kepada pencetus idea yang amat bagus. Akan aku hadiah kan sekor arowana yang amat berquality skali. Boleh tanya pada sesiapa yang telah mendapat nya. Aku siyes dalam hal ni. So, sesapa rasa nk dapat arowana free…

Sudi2kan la menyumbangkan idea pada aku…hehehheheehe.

Sekian. Assalamualaikum…..

Sunday, December 11, 2011

Picture paints more than thousand words... enjoy MG BB F1 !

 


Memperkenalkan Malaysian Gold Blue Based Gred F1 (MGBB F1)


MG Blue Base F1 merujuk kepada anak aro MG hasil dari induk jantan dan betina yang kedua-duanya induk itu original wild/ liar tasik bukit merah dan sungai kerian dan sungai2 yang bercantum dengan sungai kerian (sungai alor pongsu, sungai bagan samak, sungai lubuk buntar dan bbrapa lg sungai)

Ia merupakan spesis MG blue base yang paling cantik dan paling mendapat permintaan dan demand yang paling tinggi di kalangan kaki/specialist/otai arowana. harganya mencecah rm4000 hanya utk saiz 2-2.5 inci.

Spesis ini amat sukar untuk diperolehi disebabkan:
  1. Permintaan terlalu tinggi terutama trader utk pasaran luar negara dan dlm.
  2. Hanya harvest 2 kali setahun (bulan 4&5 dan bulan 9&10), unik sebab ikut habitat asal wild hanya 2 kali setahun dapat anak. so, sudah tentu kuantitinya pun terlalu limited.
  3. Hanya beberapa biji kolam shj di malaysia dan dunia shaja yang ada kualiti ini. kalau anda memiliknya anda amat beruntung tapi jangan sampai kena tipu, ramai orang dan farm yang claim dia punya kolam f1, tetapi majoritinya tipu, so sila rujuk otai2 seblum membeli
Gambar di atas diambil umurnya baru nak masuk 9 bulan, tanpa tunning apa, anda boleh tengok kualiti MGBB F1, dimaklumkan jenis ini akan perfect warnanya ketika usia 1 tahun setangah, bayangkan mcm mana rupa kalau dah perfect.

Nota kaki: MGBB F1 di atas dari kolam hj talib (andak), dimana kolam F1 ini mengandungi 17 ekor ORIGINAL MG Blue Base WILD/Liar yang ditangkap sejak tahun 1980-an lagi, tidak ada campuran dengan non-wild. so , purebreed MGBB F1.

Saturday, December 10, 2011

Kenali Malaysian Gold Blue Based...

Perkembangan warna sisik Malaysian Gold Blue Based



Bermula dari saat ini, kami akan choba berkongsi informasi tentang khazanah yang kita miliki namun tidak diketahui oleh kita sendiri... Sesungguhnya khanzanah ini tak ternilai harganya... Insya Allah doakan kami diberi kekuatan dan keazaman untuk meneruskan perjuangan ini...

Video di atas hanyalah MG BB.. jika anda sudah ternganga dengan spesis ini...kami tak tau laa jika anda menatap pula MG BB F1... mau jatuh rahang mulut hangpa nanti... nantikan post kami yang seterusnya !


As of 11th December 2011


Terima kasih di atas sokongan semua... Insya Allah kami akan bergerak maju dan berusaha dengan lebih gigih lagi... Doakan lah kami mencapai kejayaan... dengan izin Allah pastinya !

~BumiEmasAquaculture (BEA)