Tips

Tips untuk memelihara ikan akuarium 

Terdapat 5 tips yang mudah diikuti sebelum anda terjebak dalam hobi membela ikan. Saya akan bahagikan 2 bahagian dalam topik ini. Diharap korang dapat ambil perhatian terutamanya yang baru berjinak jinak dalam hobi ini. Sekurang kurangnya saya dapat menyelamatkan ikan ikan anda dari mati dan anda juga tidak kerugian nanti. Ini adalah tips tips yang paling asas dan untuk memelihara Ikan Arowana, ia lebih rumit. Jika tips-tips ini pun anda berat hati, saya cadangkan ada baiknya anda lupakan sahaja untuk memelihara ikan Arowana. 


Tip 1 : Beli assessori akuarium yang perlu sebelum beli ikan 


a) Saiz akuarium yang lagi besar sebenarnya lagi mudah untuk di"mantain". Jadi bagi beginner, saiz akuarium 2 kaki atau berkapasiti 80 hingga 100 liter sudah cukup bagu untuk permulaan. 
b) Kedudukan akuarium jangan terdedah dengan cahaya matahari kerana algae akan mudah terbentuk dan menyebabkan suhu air akuarium meningkat dan membahayakan hidupan akuarioum anda.


c) Lupakan untuk meletakkan hiasan di dalam akuarium anda selagi anda belum tahu bagaimana anda dapat mempastikan ikan ikan anda tersebut hidup dangna sihat. Jika anda mahu jugak, boleh minta bantuan tauke kedai akuarium beri nasihat. 


Tips 2 : Jangan nak berjimat tentang penapis air akuarium anda. 

Beli penapis air akuarium yang terbaik yang mampu anda beli sesuai dengan bajet kerana ia akan memberikan penjimatan di masa hadapan. Ia berfungsi untuk menapis dan memastikan air akuarium sentiasa bersih. Ia juga mempastikan tiada bakteria membiak seteruisnya membahayakan ikan ikan anda. Semasa memilih untuk membeli penapis air, anda perlu lihat jenama yang bagus reputasinya serta kapasiti yang sesuai dengan akuarium anda. baca arahan dari manual dalam membuat justifikasi penapis yang sesuai. Selalunya jika anda pilih penapis yang berkapasitio lebih dari yang sepatutnya, ia lebih baik. Pencahayaan juga penting bagi mencantikkan akuarium anda. Biasanya tiub Fluorescent digunakan untuk sistem pencahayaan dan ianya tidak terlalu mahal untuk dimiliki. 

Ada 4 langkah bila anda mula membela ikan :- 

1. Selepas membeli assessori akuarium, anda boleh memilih lokasi yang sesuai untuk menempatkan akuarium anda. 

2. Air paip mengandungi klorin boleh membahayakan ikan ikan anda. Gunakan agen anti klorin. 

3. Untuk mengisi air di dalam akuarium, 2/3 dari pada kapasiti akuarium sudah memadai. 

4. Akuarium anda mesti dipasang dengan alat penapis air dan biarkan ia beroperasi beberapa hari sebelum anda membeli ikan. 

Tips 3 : Mulakan membela ikan yang gagah dan kuat (tak mudah mati) untuk meningkat keyakinan anda. Beli lah ikan dalam kuantiti yang sedikit dahulu. 

Dalam memilih ikan tropikal, kebiasaannya ikan dapat hidup di dalam akuarium yang mempunyai kualiti air yang bersih, cukup pencahayaan serta makanan. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna ikan yang dibela perlu satu spesis aje. Anda boleh mencampur campur pelbagai spesis. Pilihlah ikan yang tidak mudah mati seperti :- 

  • Barb: Tiger Barb, Green Tiger Barb, Albino Tiger Barb, etc. 
  • Tetra: Rosy Fin Tetra, Black Phantorn Tetra, Congo Tetra, etc. 
  • Cichids: Blood Parrot, etc. 
  • Catfish: Albino Corydora, Sterbal Coridorais, Panda Corydora, etc. 


 Selepas anda pilih ikan untuk ditempatkan di dalam akuarium anda, ada teknik untuk melepaskan ikan masuk ke dalam akuarium, bukannya main redah je geng,.... 

1. Letakkan transport bag yang berisi air ke dalam akuarium sekurang kurangnya 20 minit untuk menstabilkan suhu air dalam transport bag tersebut. 

2. Scoop keluar 1/3 air dari transport bag dan tukarkan dengan air dari akuarium tersebut 

3. Pindahkan ikan ikan tersebut ke transport bag dan lepaskan ikan ikan anda ke dalam akuarium dengan cara memasukkan keseluruhan air dari Transport bag tersebut ke dalam akuarium. 


Tips 4 : Jangan terlebih bagi makan kat ikan 

Sila ikuti 5 langkah seperti berikut :- 

1. Jangan beri makan berlebih lebih dari yang perlu 

2. Frekuensi dalam sekali atau dua kali sehari. Sebetulnya bagus jika ikan ikan anda sentiasa lapar. 

3. Jika terlebih makanan dan tidak dimakan ikan, boleh keluarkan bagi mengelakkan air tercemar nanti. 

4. Jika boleh, hanya seorang sahaja bertanggunghjawab memberi ikan makan bagi mengelakkan terlebih makan pulak. 

5. Gunakan pelet atau makanan ikan yang sesuai dan elakkan beri makanan mentah atau makanan beku. Pelbagaikan makanan ikan 

Tips 5 : Mencegah lebih baik dari mengubati 

Anda perlu sentiasa menjaga kebersihan akuarium agar ikan ikan anda hidup sempurna dan sihat. Beberapa langkah boleh diikuti dadalah seperti berikut :- 

1. Tukar air akuarium 1/4 to 1/3 setiap 2-3 minggu ataupun 10% dari keseluruhan air setiap minggu. 

2. Cuci alat media penapis dengan air bersih setelah anda keluarkan air dari akuarium (Gunakan teknik Siphone) 

3. Pastikan kualiti air diuji setiap 1-2 minggu sekali. 

4. Periksa kesihatan ikan ikan anda dengan memperhatikan ikan samada ada gerak geri yang mencurigakan ataupun menunjukkan tanda tanda sakit, kecederaan anggota tubuh sirip atayu sebagainya. 
Apa yang anda perlu buat jika ikan anda jatuh sakit ? Jangan panik, anda tidak perlu hubungi doktor haiwan. Anda hanya perlu nasihat dari tauke kedai akuarioum atau menerusi pembacaan buku buku ilmiah tentang penjagaan akuarium dan ikan ikan atau lebih mudah, baca arahan ubat-ubatan yang boleh diperolehi di pasaran. Jika boleh, anda perlu asingkan ikan ikan yang sakit dari yang lain serta letakkan ubat-ubatan ke dalam bekas yang telah diasingkan. jangan lupa, bekas tersebut juga perlukan sistem penapisan air. Ubat ubatan ini sebenarnya akan membunuh semua bakteria termasuklah bakteria yang diperlukan oleh hidupan ikan anda. Jadi, selepas terapi medikasi dilakukan, saya cadangkan anda boleh letak bakteria yang berguna ke dalam akuarium anda. 



Bagaimana untuk memulakan hobi membela Arowana ? 

Sebelum anda terjebak ke lembah hobi ini, anda perlu berfikir sejenak dan tanya diri anda :-

1. Anda ada masa ?
2. Adakah anda boleh bersabar dan sangat minat dengan ikan Arowana ?
3. Ada bantahan dari ahli keluarga ?

Fikirkan sejenak dan buatlah keputusan anda dan janganlah anda membuat keputusan secara terburu buru. Jika tidak besar kemungkinannya anda akan melakukan hobi ini separuh jalan saja. Jika anda mahu juga meneruskan hobi ini yang penuh cabaran dan menarik, sial ikut langkah kangkah seperti berikut :-


Langkah 1
Cari akuarium yang sesuai. Saya cadangkan anda dapatkan saiz 4ft x 2ft x 2ft. Jika bajet anda terhad, anda boleh cari akuarium secondhand yang ada cover tyop (wood cabinet)

Langkah 2
Dapatkan penapis air. Jika mampu dapatkan yang jenis "external canister filtration system". Tapi jika tak mampu, anda boleh cari "overhead filtration system " tapi bersedialah untuk kerja kerja maintenance setiap hujung minggu.

Langkah 3
Untuk mengisi air akuarium, pastikan tak lebih 80% daripada ketinggian akuarium. Hidupkan filter system anda dan masukkan anti-klorin mengikut dos dos tyang diarahkan dan jugacecair bakteria yang baik. Ada 2 cara untuk pastikan kandungan air akuarium mengandungi bakteria yang baik atau tidak. Pertamanya, dengan cara meletakkan cecair ammonia, 10 titik selama 7 hari dan anda perlu periksa kandungan ammonia setiap ahri. Anda akan dapati bahwa kandungan ammnonia akan meningkat secara perlahan lahan dan selepas itu jatuh sehingga paras sifar. Itu menunjukkan bahawa Nitrosomanas bacteria sudah wujud. Ia menunjukkan paras nitrit adalah normal. Car akedua adalah dengan menggunakan hidupan ikan. Anda perlu beli ikan yang murah untuk menghasilkan urine dan seterusnya menghasilkan ammonia. namun begitu teknik ini mengambil masa yang agak lama. Tujuannya adalah sama iaitu mempastikan tahap ammonia dan nitrit adalah sifar.

Langkah 4
Anda boleh mulakan pengembaraan anda mencari ikan Arowana kegemaran anda. Suka saya cadangkan jika anda baru berjinak jinak dengan hobi ini serta inginkan kepuasan, bagi saya ada baiknya korang mulakan dengan RTG (Red tailed Golden) kerana faktor harganya taklah terlalu mahal sangat dan jangan lah risau sangat, ikan Arowana sebenarnya ikan yang tahan lasak juga. 

Kecantikan Akuarium Arowana 

Jika anda mahu akuarium anda cantik, tidak ada masalah tetapi janganlah berlebihan dan melampau sangat. Kalau anda nak tahu, ikan Arowana ni sebenarnya seekor ikan yang tinggi semangat ingin tahu dan selalunya ia akan berakhir dengan kecederaan pada diri sendiri. Jadi berhati hatilah jika anda ingin meletakkan hiasan, pastikan tiada kayu / batu yang runcing. Bagi saya, saya lebih sukakan akuarium yang simple kerana jika banyak alat perhiasan, agak menyukarkan kita untuk membersih akuarium nanti dan mengambil masa yang lama pula. Bagi background, saya lebih suka yang gelap tanpa corak kerana ikan Arowana akan terserlah manakala dari sudut pencahayaan, saya gunakan pencahayaan flouracent tube untuk akuarium berwarna putih kemerah jambuan... jangan gunakan normal flourescent bulb kerana ia akan mengalakkan pertumbuhan alga dalam akuarium anda. 

Memindahkan Arowana ke akuarium yang baru 

Pengalaman mendewasakan kita dan kita belajar dari kesilapan untuk menjadi pedoman kepada kita di masa yang akan datang. Jadi saya nak berkongsi beberapa tips :- 

Tips 1 
Jangan gunakan jaring akuarium untuk menangkap Arowana. Anda akan mencederakan ikan anda kerana bahagian siripnya mudah cedera. Walau sekecil mana ikan Arowana anda sekalipun, jangan guna akuarium net tapi gunakan plastik beg yang kuat atau gunakan 2 lapis. Ini kerana beg palstik satu lapis tidak kuat dan mudah pecah disebabkan gigi Arowana ataupun muncungnya. 

Tips 2
Sekiranya akuarium itu baru, pastikan sebelum kita memindahkan ikan arowana, ianya sudah distabilkan. Suka saya nasihatkan, gunakan semula 60% dari air akuarium yang lama untuk menstabilkan air akuarium yang baru dengan lebih pantas. Tahukah anda, ikan Arowana ini amat sensitif. Sekiranya berlaku perubahan pH dan suhu air akuarium, ia boleh menyebabkan kematian Arowana secara akut. 

Tips 3
Jadi, untuk memindahkan ikan Arowana, masukkan beg plastik tersebut ke dalam akuarium baru dan biarkan ia terapung (Akuarium yang baru ini sepatutnya dah bersedia dan sudah beroperasi beberapa hari sebelumnya bagi menstabilkan kandungan bakteria Nitrit yang akan menyerap ammonia & nitrit yang berbahaya ). Satu lagi, jika boleh anda boleh letakkan dulu ikanseperti ikan emas, 3 hari sebelum anda pindahkan Arowana anda ke dalam akuarium yang baru untuk menguji air akuarium baru anda. 

Tips 4
Selepas 10 minit barulah anda buka beg plastik tersebut dan masukkan air dari akuarium yang baru masuk ke dalam beg plastik yang masuih mengandungi ikan Arowana. Ulangi 3 kali selama 5 minit. Selepas itu barulah anda boleh melepaskan secara perlahan lahan ke dalam akuarium yang baru dan perhatikan dengan teliti. Pada kebiasaannya, ikan Arowana akan terkejut dengan suasana yang baru, jadi sekiranya ikan Arowana anda terkejut ketika lampu terpasang, anda boleh tutup lampu sebentar untuk menenangkan dia. Kadangkala Black water/ekstrak daun Ketapang mampu melegakan keresahan ikan Arowana anda. Setelah ikan Arowana anda sudah tenang, anda boleh cuba beri makanan cengkerik sebagai permulaan. Diharap selepas itu ikasn Arowana anda akan mula berenang renang dan menobatkan dirinya sebagai "Majestic Dragon King" di dalam akuarium anda... wallaa.... 

Hal hal tentang Sisik dan sirip Arowana jatuh dan sistem penapis air 

Sisik dan sirip Arowana gugur 
Jangan panik, biarkan jika hanya 1-2 sisik. Jika banyak, baru anda bersihkan dengan cara tukarkan air akuarium, tambahkan garam dan juga jika boleh masukkan herba semulajadi seperti AQUAPLUS untuk mempercepatkan pemulihan serta melindungi sisik ikan Arowana dari tercalar. Jangan risau, sisik itu akan tumbuh kembali dalam tempoh masa seminggu untuk ikan Arowana yang muda. Tapi jika Arowana dewasa, ia akan mengambil masa yang lebih sedikit. Jangan risau !!! 

Sistem Penapis Air
Jika mampu, dapatkan "external canister fitration system" kerana ia bagus dalam menghadapi masalah bakteria (Biological filtration) dan yang paling penting, kita kurang menggangu ikan Arowana anda bermaksud tahap stress yang kurang. Barang diingat bahawa STRESS atau ketegangan mampu membuatkan ikan Arowana anda lemah dalam menghadapi serangan penyakit. Namun jika bajet anda rendah, tidak mengapa.Dapatkan "overhead filtration system". Saya masih tidak bersetuju untuk mencadangkan penggunaan "internal filtration system" yang terletak di dalam akuarium kerana terlalu banyak gangguan dan disturbansi terhadaop Arowana anda. Lagipun ia akan menggunakan banyak ruang dalam akuarium anda serta anda terpaksa mencelup tangan anda ke dalam akuarium semasa maintenance dan ini sekalugus meningkatkan tahap Stress ikan Arowana anda. Seminggu sekali, anda perlu menggantikan bakteria nitrifi dengan meletakkan larutan seperti "CYCLE" atau "OCEAN FREE" sekiranya overhead or internal filtration system digunakan. 

Parameter air dan punca penyakit

Arowana memerlukan sumber air yang berkualiti untuk hidup selesa. Tukarlah air sekurang kurangnya seminggu sekali. Adalah bagus jika dapat menukarkan air 2 kali seminggu, jika anda ada masa.Kebanyakkannya punca penyakit Arowana adalah dari kualiti air akuarium yang teruk. Ikan Arowana sesuai untuk air yang agak lebih asid, PH of 6.5-7.5. Penggunaan "black water" ataupun daun ketapang boleh dibuat. Eloklah periksa pH air 30 mninit selepas tukar air akuarium. Awas, jangan letak "black water" terlalu banyak kerana jika pH air meningkat, ia boleh membunuh ikan Arowana anda. 

Kebanyakan punca penyakit berkaiatan dengan kualiti air akuarium yang teruk. Jadi sekiranya ikan arowana anda menunjukkan simptom2 mempunyai penyakit, janganlah pula terus beranggapan air adalah puncanya dan terus masuk ubat kerana apajua anda masukkan ubat ke dalam akuarium mengikut dos yang salah berupaya membunuh ikan Arowana serta merta. Apa yang perlu anda buat adalah, tukar air akuarium dalam lingkungan 40% hingga 50% dahulu, tambahkan garam dan masukkan lebih banyak buih buih oksigen. Tingkatkan suhu air akuarium kepada 30-32 Degree Celsius dengan menggunakan pemanas (heater) secara perlahan lahan (1 jam sebanyak 1 degC) dan perhatikan reaksi ikan Arowana anda untuk tempoh 5-7 hari sebelum tentukan ubat yang perlu diberi atau tidak perlu ubat langsung. Biasanya kita tidak perlukan sebarang ubat ubatan dan ia akan pulih sendiri. Namun sekiranya tiada kesan langsung, maka anda perlu beri ubat ubatan tapi berhati hatilah dengan dos yang patut diberikan. 

Penyakit Arowana (Insang terkepak) dan cara pengubatannya 

Punca 

1. Kualiti air teruk kerana banyak lebihan makanan terampai akibat teknik memberi makanan yang tidak betul. Ini menyumbang kepada peningkatan kandungan nitrat dan ammonia dan menyebabkan kandungan oksigen terlarut diu dalam air berkurangan. 

2. Ruang yang terhad kerana apabila Arowana membesar, ia memerlukan ruang yang luas di samping nutrisi yang sempurna.Saiz akuarium yang sepatutnya adalah sekurang2nya 3 kali ganda panjangnya daripada panjang Arowana tersebut. Insnag Arowana boleh jadi lemah jika ruang untuk ia berenang terhad. 

Simptom

1. Pada peringkat awal, anda akan dapati insang Arowana tidak dapat membuka dan menutup secara mudah ketika ia bernafas. 

2. Terdapat juga tisu luaran yang tumbuh di sekitar insang di mana lapisan keras insang tersebut gugur dan mendedahkan bahagian dalam insang. 

3. Jika ia tidak ditangani dengan segera, Arowana akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan anda boleh perhatikan Arowana akan mula naik ke atas permukaan air dan bernafas menerusi mulutnya di luar air. 

4. Arowana juga akan mula berhenti makan dan jangkitan bakteria akan mula berlaku mengakibatkan insangnya gagalk berfungsi dan seterusnya Arowana akan mati. 

Perubatan

1. Sekiranya Arowana sukar bernafas secara normal, tukarlah air akuarium sebanyak 20% setiap2~3 hari sekali. Gunakan pam udara serta bebuih batu untuk meningkatkan kandungan larutan oksigen dalam air. 

2. Sekiranya sudah berada di peringkat kritikal di mana tisu insang sudah dijangkiti sclerosis, ikan Arowana anda perlu menjalani pembedahan untuk membuang bahagian yang telah dijangkiti penyakit. 



Penyakit Arowana (Mata kelabu) dan cara pengubatannya 



Punca 

1. Kecederaan di bahagian kornea akibat serangan bakteria 
2. Kualiti air yuang teruk3. Kandungan nitrogen dalam Arowana tinggi 

Simptom 

1. Ia sering berlaku pada salah satu mata Arowana. Pada peringkat permulaan, anda dapati mata Arowana akan kelabu sedikit. 

2. Pada peringkat teruk, ia akan menjadi kelabu sepenuhnya sehinggakan mata Arowana akan membengkak seperti ketulan kapas terkeluar di bahagian mata yang dijangkiti bakteria itu. . Arowana pada peringkat ini boleh mati jika tiada tindakan susulan pengubatan dilakukan. 

Perubatan 

1. Sekiranya mata Arowana kelabu sedikit, cuna tukaqrkan 1/3 dari air kauarium tersebut. Tambahkan sedikit garam atau "sea-additive" lebih kurang 5%. 

2. Suhu air akuarium dikekalkan di antara 30~33 degree C (86~91 degree F). 

3. Perhatikan selama 2 hari. Jika ia beansur pulih, apa yang perlu anda lakukan ialah tukar lagi air akuarium sebanyak 1/4 daripada keseluruhan air akuarium itu selama 3 hari dan tambah garam kasar sehingga ia betul2 pulih. 

4. namun sekiranya keadaan semakin parah, anda perlukan ubat ubatan. Letakkan ubat boleh larut seperti aureomycin, penicillin atau seumpama dengannya dan pastikan dos yang diberikan mengikut arahan. Suhu air akuarium perlu ditingkat 2~3 degreeC dan perhatikan reaksi Arowana anda. Pengubatan ini selalunya mengambil masa selama 3~5 bulan bagi memulihan penglihatan Arowana. Secara perlahan, hentikan pengambilan ubat ubatan jika anda dapati kesan bengkat tersebut surut. Bahagian iris akan kelihatan lebih kecil sekiranya pengubatan ini berjaya.


Arowana anda malas makan?





Apa anda akan buat jika tiba tiba arowana anda malas makan dan hilang selera. Ulat, cengkerik atau pun anak ikan dibiarkan berlalu dihadapan hidung tanpa menunjukkan minat utk meragut makanan makanan tersebut. Jgn risau, ini bukan masalah besar dan biasa berlaku kepada ikan arowana anda. 
Ini berlaku kerana beberapa sebab antaranya:
1. Arowana anda sakit.
2. Boring dengan menu yg sama hari hari. Takan tiap hari nasi goreng, tukarla dengan nasi lemak pulak hahahaha....
3. Air tetiba berubah. Tetiba air ditambah atau suhu air yg terlalu sejuk.


Mcm mana nak buat :
1. Ganti menu aro tersebut. Kalau selalu ulat, mungkin boleh diganti dengan cengkerik atau anak ikan. Janji menu ditukar. 
3. Ganti air baru sehari sekali dengan 20% dari isipadu asal. 
2. Suhu air dinaik sehingga 30 deg C. Gunakan heater yg sesuai dan pastikan suhu disetkan dengan value yg betul .


Kaedah gantian air jugak perlu dilakukan dengan betul agar arowana tidak terkejut dengan perubahan air secara tiba tiba. Larutan anti klorin, water treatment atau pun antibiotik perlu diletakkan dengan kuantiti yg betul dan cara yg tepat.