Wednesday, January 11, 2012

MALAYSIAN GOLDEN F1 BLUE BASE PAK NDAK TALIB (original anak sungai)

Salam aberibadi,

Agak lama aku x merepek di dalam arena blog yg kian mendapat sambutan para peminat arowana ini… Orait… geng…ni aku bawakan 1 entry untuk mereka2 yang nk mengenali Malaysian golden blue base F1 (original anak sungai).

Bukan senang nk memiliki spesis terulung ini wahai teman2 ku. Pak ndak talib tak kan jual ikan ni kepada sebarangan orang. Jadi dengan rasa bangga dan bongkak nya, aku telah menjadi orang kepercayaan beliau…atas dasar kepercayaan dari cucu nya yang sentiasa pressure aku suruh beli ikan tersebut. Aku pun dengan rasa yang agak teruja dengan selamber tapau ikan tu. Takut pun ada, ya la bukan semua ada ikan tu..susah lak tu nk dapat. Tau2 aku dapat peluang tu?tungguuuuuuuuuuuuu lagiiiii..hehehehe

Antara dialog aku bersama cucu beliau

Aku     : ikan ori ka woi??hg jgn memain..klu la ikan lain..masak aku!!
Sepoi  : aku bukan nk muhong hg woi, klu ikan ni tipu…hg ludah muka aku…plz, aku bukan jenih yg suka menipu
Aku     : (muka dengan senyum dan cerita..maklum la termakan ayat2 power cucu dia) betui nih??cayalah…aku mau woi…hahahabila bleh pi tengok ikan??
Sepoi  : nti ada masa kita pi tengok…
Aku     : orait..aku booking woi…jgn bg orang dulu…hahaha
Sepoi  : okeh…hg dulu, depa kendian..hg x jadi ja..aku ludah hg…puihhhhhhhh
Aku     : gulp (mcm bisness ngn KL gangster)

Siyes, bukan senang beb nak dapat spesis tersebut. Ni aku up beberapa pic ikan tersebut. korang lepas tengok pic ni percaya la…sahih “makan x kenyang, mandi x basah, makan x lalu n berak lak x pam”…caya laaaa…hahahahaa

Nah, ni aku sertakan pic cucu beliau…(abeh la hg sepoi…belungguk la manusia cari hg lepaih nih..hahaha)

Hensem jugak si Sepoi nih... hehehe
  Orait…aku nk cerita banyak pun x guna. Ni ada la sikit sebanyak pic2 ikan yg di gelar MALAYSIAN GOLDEN BLUE BASE F1

Close up Spesis Terulung MALAYSIAN GOLDEN F1 BLUE BASE PAK NDAK TALIB
Jika berminat nk berkongsi kolam dengan aku untuk spesis terulung ini. Boleh lah hubungi aku di talian 019-2703005. Aku x boleh nk jual ikan nih…psl perjanjian aku dengan pak ndak talib menyatakan anak ikan yg akan terhasil dari induk F1 ni, dia nk tengok jugak bagaimana dia punya anak (F2) develop colour. So, nk kongsi kolam tu, di alu-alukan…harga???sila kol…percayalah…anda pasti terkentut tatkala mengetahui harga yg di tawarkan adalah amat2 berpatutan serta terendah di pasaran…x caya??hahh ce kol…ce kol…hehehehe

Sedikit tatapan untuk peminat Arowana... amacam...ada berani ?


Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012


khlas dari kami,
Bumi Emas Aquaculture Team
Nadeen
Sue
Afiz
Gee Cutler
L

Thursday, December 29, 2011

Jeng Jeng Jeng ~ BEA : The Quest has just begun !

Setapak demi Setapak 
Kami Mengorak Langkah
Pengembaraan kami sudah pun bermula
Misi nan SATU...
Satu Tekad
Satu Semangat
Satu Perjuangan !!!

Wednesday, December 28, 2011

Jeng Jeng Jeng... Stay Tune with BEA... Sedikit TEASER utk peminat BEA !

Time is ticking... New Year of Dragon is coming
Nantikan kejutan demi kejutan
Hanya di BumiEmasAquaculture

Sunday, December 25, 2011

Selamat Hari Kawan kepada Semua

Ok kawan kawan...Out of hobby sat...Izinkan saya merakam sekelumit citra dan puisi utk insan insan bergelar kawan kawan ! Kerana korang kawan aku laa aku sangat menghargai erti persahabatan... hayati bait bait ini agar kita sama sama menuju puncak persahabatan !

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.


Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.


Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,

kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.


Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.


Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Izinkan ku petik kata kata hikmah Saidina Ali Abi Thalib


Ikhlas dari saya,








Tuesday, December 20, 2011

Mudahkan membela Arowana nih ?

Assalamualaikum....Salam 1Arowana !!! Hai everibadi... lama aku tak post rasa rindu lak kat hangpa semua... Oleh kerana aku sibuk dengan hal hal duniawi... terdetik utk aku berkongsi apa yang bermain di kapla hotakku nih... agak agak mudah ke tidak nak jaga Arowana nih... hahaha... dah bersedia untuk buka minda hangpa ? jom kita kupas...

Ramai yang menyangka sukar untuk menjaga ikan hiasan termahal nih padahal mengikut kajian... ikan Arowana ni tergolong dalam kumpulan ikan yang tahan lasak di dunia tropika. Jgn korang terperanjat lak... ada ikan arowana usia dia lebih tua dari hangpa.... rata rata nya dlm 20 tahun laa depa leh hidup secara liar dan normal...namun tarak hal laa kalau jika dipelihara pun, usia mereka panjang jugak kerana Arowana ni juga cekap mengadaptasi dengan perubahan persekitaran.

Namun perubahan persekitaran yang drastik, jangan katakan Arowana...dinasour pun pupus bai... hahaha Arowana sangat bencikan perubahan drastik... contohnya perubahan suhu air secara mendadak, atau pun contoh senang laa masa nak lepaskan Arowanan hangpa ke dalam akuarium yang baru... awas anda perlu berhati hati... jgn main lepas ajer... kasik laa dia bertenang masukkan ngan plastik2 dulu...kasi dia steady... baru lepaskan...Kadang kadang sistem penapisan kita gagal berfungsi dengan baik menyebabkan perubahan pH ayaq ataupun pembentukan nitrat dalam akuarium berpotensi mengundang padah.maksud aku arowananleh mati laa... satu tragedi yang aku rasa seminggu hangpa akan mandom mengenang nasib... hahahaa... Satu lagi awas semasa hangpa nak salin/tukaq ayaq akuarium... kene steady dan bertenang... jgn main sauk dan lepas ajer walaupun ayaq baru tu hangpa rasa bersih... namun perubahan itu sebenarnya mampu membunuh Arowana hangpa... ingat yer...boleh pm aku kalau nak tips tips berguna semasa nak menukar ayaq akuarium... bukan main sesah ajer... ada step dia...mudah jer jangan risau laaa...Yang penting ilmu, mentor dan sistem mesti ada... baru laa selamat dunia akhirat....ok abg blah dulu naaa.... Assalamualaikum....