Info Arowana


Adalah menjadi satu kebanggaan kami untuk mempersembahkan satu wadah khas dari Bumi Emas Aquaculture kepada anda yang meminati Ikan Arowana. Semoga menerusi wadah ini, kami mengharapkan agar wacana dan maklumat tentang Arowana dapat diperluaskan, bertukar tukar pendapat, malahan tali persaudaraan dapat bertaut dan sama sama kita menghayati keindahan Arowana ciptaan tuhan yang maha Agung. Salam perkenalan dari kami dan semoga kita semua beroleh manfaat... Have fun !!!

Mari Mengenali Arowana

Arowana atau juga dikenali sebagai aruanas atau arawanas merupakan sejenis ikan air tawar dari keluarga jenis “Osteoglossidae” yang terkenal dengan jolokan ikan lidah bertulang (bonytongue). Spesis ini mempunyai rangka kepala yang bertulang dan di sepanjang badannya terdapat susunan sisik seperti mosaic yang besar dan tersusun kemas. Bahagian belakang dan sirip belakang terdapat satu sinaran yang lembut dan panjang manakala bahagian sirip pectoral dan ventral agak kecil. Nama “bonytoungue” atau lidah bertulang itu diambil sempena tulang di bahagian giginya yang terletak di bahagian bawah lantai mulut di mana terdapat barisan gigi yang akan bertemu dengan gigi di bahagian atas mulut. Ikan arowanas ini memperolehi sumber oksigen dari udara yang disedut dari bahagian “Swim Bladder” di mana terdapat barisan kapilari seperti tisu peparu kita.


Ikan Arowana ini sebenarnya adalah sejenis ikan primitif dari lower Tertiary dan diletakkan di bawah actinopterygiid order Osteoglossiformes. Terdapat 10 jenis tertakluk di bawah spesis ini di mana 3 jenis datangnya dari Amerika Selatan, 1 dari afrika, 4 jenis dari Asia dan selebihnya 2 jenis lagi dari Australia.

Ikan Arowana ini adalah pemaging (karnivor) yang terkenal dengan kemahiran mencari makanan di permukaan air. Arowana ini boleh melompat lebih 6 kaki dari permukaan air untuk memakan serangga dan burung yang bergayutan di dahan pohon di Amerika Selatan. Ia juga dikenali sebagai “Monyet air”. Pernah direkodkan bahawa mangsa terbesar berjaya dimakan oleh Arowana adalah kelawar dan burung kecil yang terbang rendah di bahagian permukaan air.

Beberapa jenis spesis osteoglossid menunjukkan sikap yang agak ekstensive dalam penjagaan anak anak ikan arowana. Mereka membina sarang dan melindungi anak anak ikan yang baru menetas. Ada juga beberapa spesis yang melindungi telur telur ikan di dalam mulut. Anak anak ikan ini pulaselalunya akan keluar masuk dari mulut ikan arowana dewasa untuk menyiasat keadaan persekitaran sebelum berani meninggalkan tempat tinggal di dalam mulut ikan Arowana dewasa buat selama lamanya.

Jika diperhatikan sikap Arowana di dalam akuarium, mereka biasanya bergerak secara berkumpulan, kira kira 5 hingga 8 ekor dan mereka ini agak dominance dan aggresif jika bercampur dgn spesis ikan yang lain. Beberapa jenis ikan yang boleh bercampur gaul dengan ikan Arowana adalah seperti “clown knifefish, Pacu, Oscar, plecostomus, jaguar cichlids, green terrors, gar" dan jenis jenis ikan yang semi-aggresif yang tentunya bersaiz besar (lebih besar dari saiz mulut ikan Arowana)

Untuk pengetahuan, ikan Arowana spesis dari Australia hanya boleh diletakkan berasingan di dalam akuarium.

Mengapa Arowana istimewa ?

Mengikut kepercayaan masyarakat orang cina dan juga bangsa bangsa yang lain, Arowana atau lebih popular dengan nama “Ikan Naga” adalah symbol kepada tuah,kemakmuran, kekuatan dan kuasa. Mereka percaya “Ikan Naga” mempunyai kaitan dengan kewujudan ketuanan Naga terutamanya jika sisik Arowana tersebut bersaiz besar serta bentuk badannya menyerupai naga . Bagi masyarakat cina terutamanya dibahagian selatan, Arowana juga dikaitkan dengan Feng Shui dalam membawa tuah. Mereka percaya bahawa Arowana jenis "Blood Red" mempunyai keupayaan untuk menilai seseorang samada musuh ataupun kawan. Jadi mereka beranggapan bahawa jika Arowana di dalam akuarium menunjukkan sikap yang aggresif semasa tetamu berkunjung ke rumah, ia menunjukkan tetamu tersebut adalah musuh sebenarnya manakala jika Arowana tenang, ia menunjukkan tetamu yg datang adalah sahabat. Dari perspektif bidang perniagaan, mereka percaya dengan membela ikan Arowana mampu mempertahankan dan memperluaskan empayar perniagaan malahan membawa masuk keuntungan kepada syarikat. Kesimpulannya, antara punca punca Arowana istimewa di mata manusia adalah:

1. Arowana adalah penjelmaan naga (dongeng)

2. Membawa kesihatan, kegembiraan dan tuah
3. Mengusir semangat2 yang jahat
4. Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga
5. Membawa kepada kejayaan dalam bidang perniagaan
6. Mampu menilai atau menjangka seseorang dalam membuat sesuatu hubungan dalam urusan perniagaan.

Jenis jenis ikan Arowana

Terdapat beberapa jenis ikan Arowana yang boleh diklasifikasikan sebagai :-

Asian Arowanas(a). Super Red Arowana(Chili and Blood)
(b). 1.5 Grade Red Arowana(Kacukan di antara Red and yellow tail Arowana)
(c). Malaysian Crossback Arowana
(d). Green Arowana
(e). Red Tailed Golden Arowana
(f). Yellow Tailed Arowana

South American Arowanas

(a). Silver Arowana
(b). Black Arowana

Australian Arowanas

(a). Pearl Arowana
(b). Golden Pearl Arowana
(c). Red Pearl Arowana (Amat jarang ditemui)

African Arowanas
(a). Araipaima Gigas(Tidak sesuai untuk dibela didalam akuarium)

Perbezaan yang ketara di antara Asian Arowanas dengan spesis yang lain adalah sisiknya dimana Asian Arowana mempunyai 5 "steps" sisik manakala yang lain pula mempunyai 7 "steps" sisik.

Black Arowanas

Ia adalah salah satu dari 3 jenis Arowana yang terdapat di Amerika Selatan terutamanya di Sungai Amazon, yang mana lagi 2 jenis lagi ialah jenis Silver Arowana dan satu lagi ialah Arapaima gergasi. Diriwayatkan bahawa Black Arowanas adalah yang paling jinak malah, ada juga berpendapat ianya agak pemalu dengan cara mengundurkan diri. Bentuk struktur badannya seakan akan Silver Arowana walaupun terdapat perbezaan warna di bahagian sirip sewaktu di peringkat agak muda di mana sisiknya dan sirip akan berwarna hitam berjalur cerah. Namun apabila Black Arowana meningkat dewasa, ia akan kehilangan warna gelap tersebut dan akan bertukar pudar kekelabuan dan kadangkala warna sirip akan bertukar kepada warna olive green kehitam hitaman serta di bahagian sirip bawahnya berkilat. Black Arowana boleh membesar sehingga 40" dan ia dikategorikan spesis yang tidak dilindungi.

Nama Saintifik : Osteoglossum Ferrerai

Size : Maximum up to 39 inches
Temperature Range : 74 - 84 F
Distribution : South America (Negro River)
Price : $20 , 00 ( In Singapore Dollar )

Black Ariowana boleh membesar dan saiz aquarium yang sesuai digunakan adalah berkapasiti 100 gelen. Boleh anda semua bayangkan ? Walaubagaimanapun, ramai berpendapat ia membesar pada kadar yang perlahan berbanding dengan jenis Silver Arowana dan adalah penting untuk pastikan jika proses pembiakan berlaku, tiada telur pundi yang berwarna kuning itu berada disekitarnya kerana ia amat lemah dan mudah rosak. Spesis ini seperti Arowana yang lain, ia memakan anak ikan, jangkrik, belalang, katak dan anak udang. Ramai berpendapat Black Arowana ini agak sukar dibela berbanding Silver Arowana.

Red Tail Golden Arowanas (RTG)

Ia merupakan salah satu Arowana yang tercantik di antara Asian Arowanas dan sudah tentu harganya pun "cantik" dan mahal. Namun begitu ia masih menjadi rebutan peminat Arowana yang sering menggelarkannya sebagai RTG. Ia banyak terdapat di Singapura.Sisiknya menjadi keemasan bila ia semakin matang manakala bahagian siripnya berwara kemerahan. Sewaktu Red Tail Gold (RTG) masih muda remaja, ia seakan akan 1.5 Grade Red arowana kerana sisik dan siripnya berwarna merah tapi apabila usianya meningkat dewasa, bahagian sirip dan ekornya masih kemerahan tapi bahagian badan dan sisiknya akan berubah berkilat keemasan. Berdasarkan kepada cerita pemilik RTG, kebanyakkan bersetuju bahawa Arowana spesis RTG hanya memerlukan cahaya sekurang mungkin dan dengan keadaan persekitaran yang gelap, ia dikatakan warna keemasan akan menular kepada sisiknya pada tahap 5 dan 6. Kadangkala ia juga dikenali sebagai Indonesia Golden Arowana di mana ia diklasifikasikan sebagai spesis Golder Arowana sama seperti Malaysian Golden dan Cross Back Golden. Ia banyak diperolehi di Pekan BAru, Indonesia. Harga bagi RTG adalah berpatutan berbanding dengan Cross Back Golden kerana ia jarang mencapai 24K emas walaupun ia meningkat dewasa. Jadi ia tidak kelihatan seperti jongkong emas secara keseluruhannya. Kebanyakan RTG mempunyai sisik warna emas pada barisan ke-4 dan jika bernasib baik, ia akan menular ke barisan ke-5 (seperti Cross Back Golden) tapi jarang berlaku. RTG juga mempunyai pelbagai watna asas sisiknya samada biru, hijau atau emas. RTG yang muda biasanya mempunyai wana yang agak suram berbanding dengan Cross BAck Golden yang mana ia berkilat sehingga sisik barisan ke-5. Biasanya RTG agak kuat berbanding Gold Arowana dan Cross Back Golden dan mampu membesar dan menjadi aggresif jika diletakkan bersama spesis Arowana yang lain menjadikan ia sukar untuk dibela di dalam akuarium yang besar. RTG agak mudah berang bila diletakkan bersama Arowana yang lain. Malaysia Gold takdelah seaggresif dia nih. Spesis ini dilindungi oleh CITES walaupun belum lagi mengalami kepupusan seperti Malaysian Gold Arowana.

Super Red Arowanas
 

Ia ada satu spesis yang dihormati, dikagumi dan popular. Jadi tidak hairan lah jika harganya melambung naik. Terdapat pelbagai jenis red arowanas seperti BLOOD, CHILLI, PURPLE RED, the 1.5 grade dan sebagainya di mana ia terhasil daripada kaedah teknologi sewaktu pembiakan Arowana itu dan menghasilkan pelbagai tone warna merah yang berbeza beza. Kaum cina percaya bahawa ia adalah penjelmaan semula naga, jadi itulah sebabnya kaum cina menggilai red warowana ini sebagai tanda kemakmuran.

Pearl Arowanas

Australia Spotted Arowana:

Ianya seakan akan Pearl Arowana kecuali bahagian siripnya dan ekornya agak gelap warnanya. Sisiknya yang bersaiz kecil dan berbintik bulat. tidak seperti "cresent shape". Jika anda perasan terdapat bintik bintik merah di atas sisiknya.Namun begitu ia bukanlah di bawah spesis haiwan yang dilindungi.

Nama Saintifik : Scleropages leichardti

Size : Maximum up to 37 inches
Temperature Range : 74 - 80 F
Distribution : Northern Australia
Price : $25( In Singapore Dollar )

Australia Pearl Arowana

Ia tergolong dalam Arowana yang cantik dan seakan akan Asian Arowana kecuali ia mempunyai sisik yang kecil dan banyak terdapat bintik bintik merah di atas. Diketahui bahawa Asian Arowana mempunyai 5 lapisan (Horizontal) sisiknya manakala Australia Arowana mempunyai 7 lapisan sisik. Dari sudut tone warna, julat nya adalah antara coppery-gold to gold color .Spesis ini kebanyakkannya mempunyai sisik berwarna yang bersaiz crescent shape serta mempunyai ekor berwarna hitam dengan bintik bintik emas. Jangan terperanjat jika anda melihat Arowana jenis ini meneguk atau menggelogok di permukaan air dan anda perlu tahu bahawa Aerowana spesis ini amat amat aggresif dengan Arowana yang lain. Speisi ini adalah spesis yang tidak dilindungi.

Nama Saintifik : Scleropages jardini

Size : Maximum up to 36 inches
Temperature Range : 74 - 80 F
Distribution : Widespread through Australia.
Price : $25 ( In Singapore Dollar )

Silver Arowana

Berasal dari Amerika Selatan dan ia seakan akan Black Arowana iaitu mempunyai bentuk ekor menirus.Sirip dan sisik berwarna perak. Ia adalah hidupan yang tidak dilindungi dan mudah diperolehi/dibeli. Jangan terperanjat jika anda menemui Red-tail Silver Arowana kerana ia juga tergolong dalam spesis ini. 

Nama Saintifik : Osteoglossum Bicirrhosum

Size : Maximum up to 37 inches 
Temperature Range : 75 - 86F
Distribution : Guyana , the Orinoco and Amazon Basin. 
Price : $25 , 00 ( In Singapore Dollar ) 

Ia juga merupakan spesis Aorwana yang biasa kita temui di dalam akuarium dan ia juga merupakan spesis pertama yang mula mula ditemui dalam famili Osteoglossidae. Sama seperti Black Arowana, ia berasal dari tempat yang sama dan mempunyai bentuk ekor yang runcing hanya berbeza warna sahaja iaitu warna perak. Ia mampu membesar sehingga 47 inci dan dikatakan ia mempunyai selera makan yang agak besar.

Crossback Golden Arowana

Spesis ini kerap ditemui di Malaysia dan sebab itulah ia juga digelar "Malayan Bony tongue". Ia mempunyai sisik emas sehingga kolum ke-4 dan bahagian abdomen yang warna seakan akan warna merah jambu. Apabila ia semakin meningkat dewasa, sisik emasnya akan meningkat ke kolum ke-5 (itu yg jadiknya crossback) dan bahagian abdomen berwana pink tersebut akan hilang. Warna asas sisiknya pula berbagaiu bagai, ada berwarna emas, perak atau biru namun warna asas biru ni jarang dijumpai. Sisiknya pula boleh kita bahagikan kepada sisik emas yang nipis dan tebal. Jadi, jika anda mempunyai spesis ini yang mempunyai sisik yang nipis berwarna asas biru cross back gold, anda boleh menjualnya pada harga yang tinggi.

Green Arowana

Ia dikategorikan sebagai spesis arowana yang paling rendah darjatnya dalam kalangan Asian Arowana. Sisiknya berwarna perak keputihan dan siripnya kehijau hijauan. Harganya juga merupakan yang terendah dan ia bukannya spesis haiwan yang diliindungi. Spesisi ini banyak terdapat di Malaysia, Indonesia and Thailand. Sisiknya tidak cerah dan selalunya terdapat warna kekelabuan dan kehijauan dan warnanya selalunya keseluruhan badan. Bahagian ekornya boleh jadi berwarna kelabu atau hijau dan saiznya agak pendek berbanding dengan spesis Arowana yang lain. Spesis ini adalah mampu milik kerana harganya tidak mahal.

Gold Arowanas

Ia merupakan salah satu Arowana yang agak mahal dan banyak dicari oleh Ahli perniagaan berbangsa cina. Ia dipercayai membawa tuah dan keuntungan kepada tuan punya Gold Arowana kerana kecantikan warna keemasan seolah olah jongkong emas meliuk liuk berenang di dalam akuarium.

Nama Saintifik: Scleropages formosus

Origin: Southeast Asia
Size: 90 cm
pH: 7.0
GH: 8
Temp: 27°C

Ia menyumbang kepada kepupusan spesis ini dan menyebabkan harganya melambung tinggi dan sampai tahap untuk memiliki Gold Arowana ini memerlukan kelulusan pihak berkuasa dan melalui prosedur yang sukar. Saya berpendapat, ia merupakan satu pelaburan yang bagus kerana kepercayaan masyarakat cina yang beranggapan ia membawa tuah kerana warna keemasannya serta simbolik kepada citra naga. Spesis arowana ini terkenal di kalangan negara negara Asia. Kadangkala di premis premis perniagaan mereka mempamerkan kepada orang ramai untuk menarik pelanggan dan menarik tuah. Spesis ini tidak boleh membiak di dalam akuarium dan hanya boleh hidup keseorangan. Jika anda bercadang untuk meletakkan speisi arowana yang lain bersama smaa Gold Arowana ini, baik berfikir panjang. Jika mahu meletakkan ikan spesis yang lain, pastikan jenis ikan tersebut mampu bergarak pantas jika tidak, ia akan hanya menjadi mangsa sahaja. Namun, demi mempastikan kecantikan Gold Arowana terserlah, anda tidak patut meletakkan spesis ikan yang lain bagi mengelakkan sisiknya dicederakan kerana ia mudah rosak kerana kelembutannya.

Malaysian Gold Arowana

Ia termasuk dalam spesis ini dan sangat jarang diperolehi dan sangat cantik. Ia berasal dari Malaysia. Ia mempunyai sisik emas kebiruan dan pantulan warna yang cantik menyebabkan ia menjadi kegilaan peminat peminat Arowana sehinggakan saiz kecil sahaja menjangkau ribuan ringgit. Ia adalah spesis yang dilindungi.

Red Arowanas

Asian Arowana agak terkenal dan mahal harga pasarannya di dunia. Ia terdiri daripada Red , Gold , Green serta campuran warna. Semua Asianm Arowana tertakluk kepada haiwan yang dilindungi kerana kepupusannya kecuali Yellow-Tail dan Green Arowana .

Nama Saintifik : Scleropages Formosus

Size : Maximum up to 36 inches
Temperature Range : 75 - 85 F
Distribution : Southeast Asia (S. Thailand, S. Vietnam, Malay Peninsula, Sumatra and Indonesia)

Red Arowana sebenarnya berasal dari Kalimantan dan Sumatra, Indonesia.Ia boleh dibahagikan kepada 1st grade red dan 2nd grade red. 1st grade red mempunyai pelbagai intensiti julat antara warna kuning ke jingga ke merah ke merah darah dan chilli red. Namun kebanyakannya lebih menyukai warna lebih kemerahan menyebabkan harga nya meningkat naik. Agak sukar untuk membezakan diantara 1st grade red dan 2nd grade red semasa ikan arowana ini masih kecil. 1st grade red sewaktu kecil mempunyai ekor dan sirip berwarna merah dan sisiknya berkilat keemasan dan kehijauan manakala 2nd grade red sewaktu kecil pula mempunyai sirip kejinggaan da sisiknya berwarna perak. Apabila kedua dua jenis ini apabila membesar, 1st grade red masih mempunyai sirip berwarna merah tetapi sirip dan pelindung insang akan bertukar kemerahan, bergantung kepada jenis 1st grade red. Kadangkala 2nd grade red hanya mempunyai sirip berwarna pink kejinggaan manakala sisik dan insangnya juga berwarna pink kejinggaan. Kesimpulannya jenis Arowana ini menjadi semakin berharga bergantung kepada tahap kemerahan sisik dan sirip. Terdapat juga ruby-red dan Chili-red Arowana di bawah spesis ini turut menjadi perhatian peminat Arowana. Bagi masyarakat cina, warna merah melambangkan kemakmuran dan kekayaan bagi si pemiliknya. Ia juga dikategorikan sebagai hidupan spesis yang dilindungi.

Red Arowana sebenarnya sangat berharga bagi kategori ikan akuarium dan merupakan ikan yang termahal berdasarkan kepada harga dolar yang pernah ditawarkan untuk seekor Red Arowana. Harganya bergantung kepada saiz, keadaan fizikal dan juga bentuk badan, warna serta tahap kekayaan si pembeli ikan arowana tersebut. Seekor Red Arowana yang besar selalunya dijual puluhan ribu dollar malahan pernah mencecah ratusan ribu dollar.Terdapat 4 jenis Red Arowana iaitu Blood Red, Chili Red, Orange Red dan the Golden Red. Baru baru ini Chili Red, Blood Red, Orange Red dan Golden Red dikategorikan sebagai Super Red or `First Grade Red'. Ini menyebabkan "Super Red" kurang mendapat perhatian kerana Orange Red and Golden Red dari segi kualitinya tidak lah sebagus Chili Red dan Blood Red serta warnanya tidak merah hanya kejinggaan. Akhirnya terma "Super Red" ini dapat diterima umum dan menjadi kebiasaan digunakan oleh pembiak jenis Red Arowana.