Monday, April 18, 2011

Malaysian Gold untuk dijual

Harga sangat berpatutan, tak yah pikir lama lama.....Hanya RM2k sekor...panjang 5 inci. Kualiti terbaik dari ladang. Tiada yg murah lg...... Jangan Berlengah lagi... Telefon kami sekarang !!!!!



Monday, April 11, 2011

Arowana Super Red untuk dijual

Jenis : Super red
Panjang : Approx 3-4 inci
Harga : RM1.5k
Kuantiti : Pesanan boleh dibuat, penghantaran akan diberitahu
Kualiti : Terbaek dari ladang !!!

Saturday, April 9, 2011

Rare Arowana for sell - bid for the best price

Kepada pengemar arowana sekelian. Dibuka untuk bid beberapa ekor arowana albino bermata hitam gelap, untuk dijual. Panjang 3-4 inci aktif dan sihat tubuh badan. Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki collector items.


Silver Arowana for sell

Jenis : Silver
Panjang : 10 inci
Harga : RM150/ekor (ambik banyak harga boleh bincang)
Kuantiti: tak kira..tp byk...amat sesuai kepada yg baru nak try bela......robust and ganas hahahhaha




Arowana Hiback untuk dijual

Jenis     :  Hiback
Panjang : Approx 3-4 Inci
Kualiti  :  Terbaik dari ladang
Kuantiti : 5 ekor sahaja
Harga   :  RM700/ekor



5 Ekor Hiback sudah bersedia untuk dipertontonkan. Sila hubungi segera.
3 ekor dah dijual. Tinggal 2 ekor. Thanks bro dari Batang Kali

Thursday, April 7, 2011

MAAFKAN DAKU, BOBO


Dikau pergi tanpa sempat ku mengenalimu,
Tanpa sempat ku usapi dirimu,
Tanpa sempat ku lihat lenggok liukmu,
Tanpa sempat ku tatap wajahmu,
Namun aku akur dengan ketentuan ilahi,

Dikau pergi tatkala aku alpa menikmati juadah free,
Kutinggalkan dirimu seorang diri,
Dengan harapan dikau mengerti,
Ironik sungguh tragedi ini,

Peringatan ijoy tidak kuendahkan,
Kubilang dikau sedang ketiduran, 
disaat aku melahap penuh kedurjanaan,
Walhal sangkaanku dikau selesa di kantung itu, 
sebelum kuhantar kau ke mahligai syahdu,
Yang telah aku bina istimewa buatmu,
Jantungku bagai dirobek dihiris sembilu,

Pabila kulihat kantung itu kosong tanpamu
Melihat tubuhmu longlai terkulai layu,
Terjelepuk aku menahan sendu,
Tauke akuarium pula hanya menggeleng seraya diam membisu,
Kupulang dengan jiwa yang kosong,

Mengelamun mengenangkanmu,
Memikirkan tindak tandukku,
Andaikata boleh kuundurkan waktu
Takkan ku tinggalkanmu walau seinci cuma
Akan ku kutatang dirimu bersama
Aku pasrah dengan ketentuan ilahi,

Inilah yang dinamakan tiada rezeki
Namun aku pasti ada hikmah tersembunyi
Dan aku mengerti harga sebuah persahabatan sejati…
Terima kasih TUN kerana menjaga bobo selama ini,

Terima kasih Ijoy & sue di atas sokongan tatkala aku bingung menyendiri
Namun ku masih gagal memaafkan diriku ini…… Maafkan daku Bobo !!!

kami sudah ada fesbuk account...sila add kami sekarang !!!!

Sunday, April 3, 2011

Arowana Saya-Suatu Ringkasan

Greenbase merupakan sejenis arowana diantara perbagai jenis arowana yg ada di dunia. Greenbase atau arowana hijau ialah satu specis dari cabang arowana yellow tail yg banyak mendiami di sungai dan tasek sekitar asia tenggara. Arowana ini tidaklah semahal arowana malaysia gold ataupun specis merah namun masih mempunyai kualiti tersendiri.

Penulis membeli arowana specis ini kira kira 2 tahun yg lepas. Ia merupakan antara specis terawal yg penulis bawa ke KL. Masih ingat, arowana yg dibawa penulis ini beli disalah satu ladang ternakan arowana yg terkenal di Bukit Merah. Bersama arowana ini, penulis membawa kira kira lg 7 ekor arowana specis yg sama. Semua arowana tersebut telah dibeli namun penulis mengekalkan yg istimewa ini. Kenapa istimewa, kerana arowana ini bemata satu. Cacat dr kecil, sejak diambil daripada ladang. Kepada pembaca yg mengenali Fendi dan Bobo, mereka sekeluarga, namun Fendi dan Bobo telah pergi menemui yg maha Kuasa terlebih dahulu. Hanya puisi dan gurindam kekal bersama.

Hari ini penulis melakukan rutin harian bersama arowana penulis. Membersihkan rumah. Arowana diasingkan ke kotak putih untuk memudahkan kerja kerja pembersihan. Sekali imbas, 2 tahun bukanlah suatu jangka masa yg pendek, namun tak terasa masa berlalu, arowana  bersama penulis sudah melebihi 2 tahun. Dan buat julung kali nya penulis mengukur arowana tersebut. Panjangnys sudah melangkaui 15 inci. Sisik bercahaya kehijauan bersama sirip dan ekor yg kuning kemerahan. Suatu kualiti yg baik untuk arowana hijau.

Tiada apa rahsia, cuma air sentiasa ditukar, anti klorin dijaga, diet diambil kira. Menu arowana ini penulis selang selikan diantara ulat bersama dgn anak ikan. Tiada apa yg lebih mengasikkan dari menonton dan meyaksikan arowana anda berenang renang dalam akaurium dirumah anda.