Sunday, April 3, 2011

Arowana Saya-Suatu Ringkasan

Greenbase merupakan sejenis arowana diantara perbagai jenis arowana yg ada di dunia. Greenbase atau arowana hijau ialah satu specis dari cabang arowana yellow tail yg banyak mendiami di sungai dan tasek sekitar asia tenggara. Arowana ini tidaklah semahal arowana malaysia gold ataupun specis merah namun masih mempunyai kualiti tersendiri.

Penulis membeli arowana specis ini kira kira 2 tahun yg lepas. Ia merupakan antara specis terawal yg penulis bawa ke KL. Masih ingat, arowana yg dibawa penulis ini beli disalah satu ladang ternakan arowana yg terkenal di Bukit Merah. Bersama arowana ini, penulis membawa kira kira lg 7 ekor arowana specis yg sama. Semua arowana tersebut telah dibeli namun penulis mengekalkan yg istimewa ini. Kenapa istimewa, kerana arowana ini bemata satu. Cacat dr kecil, sejak diambil daripada ladang. Kepada pembaca yg mengenali Fendi dan Bobo, mereka sekeluarga, namun Fendi dan Bobo telah pergi menemui yg maha Kuasa terlebih dahulu. Hanya puisi dan gurindam kekal bersama.

Hari ini penulis melakukan rutin harian bersama arowana penulis. Membersihkan rumah. Arowana diasingkan ke kotak putih untuk memudahkan kerja kerja pembersihan. Sekali imbas, 2 tahun bukanlah suatu jangka masa yg pendek, namun tak terasa masa berlalu, arowana  bersama penulis sudah melebihi 2 tahun. Dan buat julung kali nya penulis mengukur arowana tersebut. Panjangnys sudah melangkaui 15 inci. Sisik bercahaya kehijauan bersama sirip dan ekor yg kuning kemerahan. Suatu kualiti yg baik untuk arowana hijau.

Tiada apa rahsia, cuma air sentiasa ditukar, anti klorin dijaga, diet diambil kira. Menu arowana ini penulis selang selikan diantara ulat bersama dgn anak ikan. Tiada apa yg lebih mengasikkan dari menonton dan meyaksikan arowana anda berenang renang dalam akaurium dirumah anda.



1 comment:

  1. takkan takde nama ikan bro..mcm fendi dan bobo yang telah pulang ke rahmatullah ?

    ReplyDelete