Wednesday, December 14, 2011

Kisah Mutakhir Industri Arowana di Malaysia

Hello eberibadi…

Menantikan entry terbaru dari BEA??fuhhh kesetiaan korang adalah kebanggan kami..Ermmm…kali ni aku akan bawakan secebis kisah berkenaan kekalutan yang melanda industri arowana sejak lately nih…(ayat aku kali ni akan di selang selikan dengan bahasa pasar..cewahh konon2 mcm bagus arr..hahah..korg pahal..gelak2 lak…ade aku kesah??puihhhhh)..okeh abeh bab begurau..pas ni last k..xde gurau2 dah…last..


Sebelum baca kisah yg akan aku paparkan kali ni..hope korang dapat menyediakan tisu n beberapa helai kain
good moning tu..kerana kisah kali ni amatlah menyayat hati. Laaa korang x caya..it’s ok, korang akan tau dipertengahan kisah ini nanti. See pertengahan pun korang dah bleh meraung dah. Blom sampai ujung citer lagi. So, terpulang lah. Aku dah ingatkan. Antara aku n korang, settle. Lain2 pandai2 la korang settle hal korang tu.Tanpa mengira ape pun masalah korang, aku dengan selamber bercerita. Sambil meneguk air liur, tangan aku terus menaip.


Berbekalkan daya pemikiran kontang yang amat waras di zaman millennium nih, aku meneruskan taipan aku demi mencetuskan sebuah kisah berkenaan keterumbangambingan industri arowana. Perghhhhhhhhh dengar tajuk je dah bleh wat korang menitiskan air mata. Klu citer ni aku wat filem. Mau kalah movie ombak rindu. Hahh tajuk aku tapau, tsunami arowana. Omakk aiiii brilliant tul…hahaha..ehh ehh dalam sedar x sedar, sebenar nye aku x citer ape2 pun lagi…hahahahaa..sori geng, aku gurau k..last2..Kali ni betul last aku begurau..pas ni sori…aku mmg sorg yang amat siyes…mgkn pada korang sesuka hati buat anggapan korang terhadap aku yang menyatakan aku ni kelakar.

Aku meneruskan cerita berkenaan INDUSTRI AROWANA

Korang nk tau??sebenarnye industri arowana dalam Malaysia ni dh berada pada tahap yang menyayat hati??hahh tekejut korang??suspen x??maunye x saspen. Aku ni dasat tau kalau bercerita. Takat nak wat orang nangis, mmg selamber la..hehh, ok2..teruskan penceritaan..lupe lak..kat mne kita tadi??hahh, aku igt, kat kisah menyayat hati.

Sebenar nye, industri arowana ni mmg x seperti yang korang fikirkan. Ini kerana bermacam2 jenis masalah dah berlaku. Antaranya masalah quality, penipuan, hasat dengki, tikam menikam dan bermacam2 lagi. Nk rungkai satu per satu mau bengkak mata korang membaca kang. So, ape yang aku nk terap kan kat sini adalah budaya masyarakat di Malaysia. Pantang tengok orang senang, adeeeeeeeeeeee je yang x kene. Tah pahal tah, ihhh nyirap je aku. Seb baik aku ni lahir sebagai pemimpin berciri2 Islam. Kalau x, mmg abeh dah aku keje kan sape yang pye hal tu.(dengan selamber aku terus borak macam aku la paling dasat dalam dunia ni..padahal??ermm)

Orait geng, sebenar nye aku terpanggil utk mencoret kan cerita ni pasal aku nak kita sama2 berfikiran positif
demi memajukan kembali industry arowana ni. Bukan pasal ape, ni pasal kita sama2 sayang kan industri ni. Aku suka arowana woiii..suka sangat, so, apa yang kita ada ni x de kat negara lain. Malu woi kalau Allah bagi keindahan ni pada kita tp kita x pandai jaga… Ahhhh, tertekan aku aihhh…orait ni aku sebagai manusia yang menyayangi spesis terulung ni nk korang sume tahu.

Sebenar nya apa yang kita ada ni adalah sesuatu yang amatlah bernilai. So, mari lah sama2 kita jaga agar tidak berlaku kepupusan terhadap ikan arowana dari Malaysia. Plz geng!!! semua tahu, ikan arowana yang amat2 bernilai adalah dari spesis yang terdapat di Malaysia (bukit merah) tetapi adakah hal itu sejajar dengan survey yang telah di jalankan? Puihhhhhhh xde langsung. Factor ketamakhalobaan manusia telah meragut keindahan hidupan nih. Korang tau, nama arowana yang terulung iaitu Malaysian Golden telah menjadi buruk sama skali di kalangan penghobi dan peminat. Bukan kerana ianya lahir dalam keadaan x bagus. Ini kerana pihak2 tak berwajib telah melakukan macam2 cara untuk mengaut keuntungan poket sendiri. Buat system pawah sane sini. Sistem pawah ni sebenarnya bukan tak bagus akan tetapi ianya akan merosakkan industri arowana kerana faktor2 tertentu. Antara penyebab nya ialah, tidak semua yang menyertai system pawah ni adalah pencinta arowana. Tau nk dapat duit je. X faham ape itu system pawah. Pas tu plak tokey2 farm yang nk cepat kaya. X kira la sape pun (sori geng, kali ni aku jujur..sume tapau, ngan aku2 skali pun same..hahaha) sume nye same je. Pakat dok cari investor utk cepat naik n kaya.

Apa kelainan yang bumi emas aquaculture cuba terap kan???

Okeh, tu kt ats tadi tu adalah permasalahan yang ada dalam industri arowana. Sekarang aku nk cerita bab2 yang syarikat aku dh buat. Orait aku bg korang 2 menet untuk lap air mata, basuh muka n bagi segar balik fikiran korang tu. Cukup2 la menangis tu. Kamon geng, kita harus maju kehadapan. Jangan toleh belakang dh..hahaha ni kelakar kan..x toleh, bukan orang la nama nya. Hahahaa kelakar x?? Ehhh ape ni, ade yang sedih lagi tu??sudah2 la…orait, aku teruskan erk!Aku berusaha keras untuk kembali menaikkan industri arowana nih. Mcm2 hal aku buat (sembang poyo sket) antaranya ialah aku kembali mencari induk2 yang betul2 berkualiti. Induk2 berkualiti mane nk dapat??igt senang ke?hahh, nak x nak, kne la cari balik otai2 yang ade induk2 superb. Ps tu beli anak ikan tu then bela bagi besar. Pastu baru la breed kan balik…susah kan?sedehhh tul..tp xpe, aku usaha pun x mintak duit korang. Aku usaha sendiri.

Kat sini aku nk terangkan lagi. Andai kata korang terbuka hati nak buat macam aku buat. Korang boleh buat macam ape yang aku sarankan dulu tu..alaaa ade entry aku yg lepas tu. Kang lepas ni korang refer entry tu balik. Kadang2 manusia ni ade jeeeeee komplen dorg tu. Aku tabah, aku redha, aku pasrah. Owhhhh duniaaaa.

Ni apa yang aku usahakan.Segala apa induk Malaysian gold yang tah dari mana, ape jenis & tah hape keturunan, aku akan down gredkan. Ni utk aku je ok. Yang tokey2 farm lain tu terpulang. Aku x paksa. Tp andai kalian dapat wat macam aku saran kan ni. Kalian aku doakan Berjaya dunia akhirat. Haaaaaa utk beberapa keadaan di masa kehadapan ni.

Kepada penghobi2 tegar @ pun yang masih mentah. Kalian aku saran kan supaya tidak lagi akan membazir duit korang macam tu je. Hobi kalian tu aku sarankan bela la spesis arowana yang bagus2. x kisah la beli dari sape pun (pastikan sahih dan betul2 berquality serta terjamin keturunan nya). Tapi harap2 kalian jujur dalam

menjalankan kewajipan demi menjaga habitat hidupan terulung ni dari pupus. Igt, apa yang kita buat ni mgkn
bukan utk kita, mgkn utk ganerasi akan datang. Tp berbangga la kalian sekiranya ada usaha yang kalian buat demi masa depan anak2 kita nanti.

Formula matematik kuno dari kami di bumi emas aquaculture

-    Induk Malaysian gold = F0, F1, F2 & F3
-    Induk super highback = F4 dan keats

So, dari F0,F1,F2 & F3 aku akan claim sebagai Malaysian Golden. Selebih nya akan jadi F4 dan ke atas, pada apa yang aku usahakan. F4 ni aku akan claim super highback. X kira la cantik mana lawa mana chu full
spec ke kaler biru seluar dalam ke. Aku tetap akan claim itu sebagai super highback. Itu apa yang aku akan lakukan.Nak kata aku ada induk F0 tu mmg tipu la. Aku just mengumpul anak2 F1 yang sahih dan sah dari kolam MAIL DO dan PAK NDAK TALIB sahaja. Bayangkan nk kumpul sekolam pun payah, tetapi usaha yang payah tu la insyaallah akan menjadikan industri arowana ni satu hari nanti berjaya. Korang nk sokong boleh sokong, yang nk hentam boleh hentam.

Aku tetap dengan pendirian aku. So, utk grade bawahan selain yang aku sebut tadi. Aku akan terus claim sebagai HB. Bermakna anak2 super highback sekarang aku collect n jadikan induk untuk Highback. Setakat ni, usaha aku adalah memantapkan industri arowana utk jenis Malaysian golden.

Ini kerana utk Highback  mmg x susah langsung. Sekarang pun induk2 malaysian gold aku, anak2 nye aku jual sebagai super highback ajer. Tak caya, g la mane2 farm korg tgk la harga MG ape. Puihhh!!! tu sbnr nye tahap2 super highback aje.

So, dapat la buat peminat2 dan penghobi senyum kambing dapat harga2 murah.Hahh ade yang nk marah??igt aku bengap. Hehh, aku jual dengan harga murah psl quality nye yg x terjamin. So, down gredkan je la..apedehal, aku bukan kene bayar investor pun. Sume ikan aku…AAK (ade aku kesah??hahah). Tapi itu hanya sekadar hobi semata. Klu utk pendapatan, sori sekali. Mmg x dapat la utk jenis tu.So, ni future plan aku..aku harap akan dapat sokongan dari rakan2 dan juga taulan. Mudah2an dengan usaha yang x seberapa ini akan mampu menaikkan kembali industri arowana ni. Percayalah dari hobi akan mampu menjana pendapatan.

Dari pendapatan kita akan mampu menjaga habitat terulung ini dari pada terus pupus di mamah peredaran masa dan factor alam sekitar.Kepada semua yang merasakan entry aku kali ni adalah terbaik @ pun x, aku mintak maaf. Aku hanya menyuarakan pendapat aku saja. Andai ada yang terasa @ ape ke, bleh la info pada aku. Xde hal, aku terima segala komen2 kalian. Aku sebenar nya perlukan bantuan korang. Kalian boleh lah sumbangkan idea @ apa saja komen2 membina, menghentam, mengutuk..alaaaa apeje la. Korang emel kan pada anak_emastrader@yahoo.com. Insyaallah, kepada pencetus idea yang amat bagus. Akan aku hadiah kan sekor arowana yang amat berquality skali. Boleh tanya pada sesiapa yang telah mendapat nya. Aku siyes dalam hal ni. So, sesapa rasa nk dapat arowana free…

Sudi2kan la menyumbangkan idea pada aku…hehehheheehe.

Sekian. Assalamualaikum…..

5 comments:

  1. Terbaikkkkk...!!!
    betul la tu...
    kene dgn cara nak naik kan balik nama MALAYSIAN gold..sy sokong brader kumpul balik ikan2 pure n breed x campor dgn ikan laen...baru quality terjamin...sy nak sokong bg modal x dpt la...sy pon still study lagi..huuhuhuu...sy dapat doa kan je..supaya brade succes n maju jaya dgn cita2 brader..yg penting dlam niaga ni kite keje jujur n ikhlas dan jgn sesekali kite amal kan riba..ALLAH sentiasa berada disisi org yg beriman,,sy nak bg idea pon x pandai...coz dah memang TERBAIKK care brader buat sekarang..xpe la...kalau sy x dapat ikan tu..lepas nie sy kumpul duit beli dkat brader la...sy pon dah tau mane nak dapat sumber ikan yg boleh di percayai...sy beli SHB untung bleh jadi MG..kalau kedai laen beli MG bleh jadi SHB..
    BUMI EMAS AQUACULTURE TERBAIKKK...!!!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum bang Nadeen saya amat bersetuju ngan cadangan abg tu tp untuk menambah baikkan lg rating blog n kecerian nie sy harap abg dpt berusaha untuk update info arowana tu...sbb kebanyakan blogger arowana di malaysia kurang nak tampilkan gambar2 dari keluarga yg berlainan...so mungkin newbie agak sukar nak tau @ kenal ikan aro dari jenis yang lain...selain update berita terkini cam biter tv3 tu ada pekdah jugak abg update gambar induk n anak ikan aro dr spisis yg len tu sekian dr sy hehehehehehe sbb sypun newbie gak nie....

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Sememangya usaha BEA untuk menaik taraf Quality Aro memang d anggap usaha yg paling terbaik. Hasil daripada usaha macam ni dapat memanafaatkan semua golongan tak kira sebagai pembeli/penghobi mahupun sebagai pengusaha. Yg saya lihat belum ada lagi usaha semacam ini di lakukan terutamanya dari pihak penternak. Punca utama kejatuhan quality aro datangya dari farm sendiri, sifat tamak dan ingin cepat kaya membuatkan mereka lupa akan quality ikan yg mereka ternak, ini semua dapat d elakkan dengan menghentikan sistem investment yg nyatanya memberi keuntungan segera pada pihak farm. Klau tiada investor yg sanggup keluarkan wang yg banyak sebagai langkah permulaan dalam proses pawah ni dah tentu2 pihak farm sendiri akan berusaha dengan lebih gigih dalam xtvt memenuhkan kolam mereka dengan aro2 yg datangya dari golongan berquality. Dengan ikhlas saya berpendat sistem pawah ni memang hanya mengutungkan farm dalam masa yg cepat. Harga induk yg dtawarkan pada investor ternyata memberi pulangan terus (100%) pada farm. klau kita lihat farm yg berdiri d atas kaki sendiri dan tdak mempunyai investor ternyata mempunyai hasil anak ikan yg berkuality bebanding dengan farm yg hanya tunggu investor d depan pintu mereka.
    D harap usaha BEA ini akan berterusan dan dapat memanafaat semua pihak, teruskan usaha anda agar industri aro d Malaysia lebih maju dari sebelum2nya.....Saya sebagai penghobi akan terus memberi sokongan agar industri aro ni x terkubur begitu saje.....

    Idd Qdi

    ReplyDelete